Sembang Maniac

Sembang-sembang je

9GAG Hadir Dengan Permainan Mudah-Alih Pertama – Redhead Redemption

9GAG merupakan salah satu laman web perkongsian gambar-gambar lucu dan menarik yang sedia popular dikalangan pengguna seluruh dunia – termasuk Malaysia. Terkini, pembangunnya dilihat sedang cuba untuk hadir dengan beberapa perkhidmatan baru. Baru-baru ini, mereka telah menerbitkan aplikasi 9CHAT untuk permesejan, dan mereka juga turut hadir dengan sebuah permainan mudah-alih pada Android dinamakan sebagai 9GAG Redhead Redemption.


9GAG Redhead Redemption


Untuk permainan pertama ini, mereka bekerjasama dengan pihak Touchten Games. Ia membawakan permainan tembak-menembak infiniti dengan gabungan larian. Pengguna hanya perlu mengawal watak permainan berkenaan yang menembak dan pengguna perlu menghala ia ke arah zombie yang hadir menyerang. Pelbagai watak-watak meme turut diintegrasikan dalam bentuk zombie pada permainan ini.


Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini. Versi iOS dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Seperti kebanyakkan permainan, Redhead Redemption ini turut dilengkapi dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.








Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "9GAG Hadir Dengan Permainan Mudah-Alih Pertama – Redhead Redemption"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info