Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Semua Samsung Smart TV Pada Tahun 2015 Akan Menggunakan Sistem Operasi Tizen

Samsung sedia hadir dengan beberapa peranti berasaskan Tizen, dan hari ini Samsung mengatakan kesemua televisyen Samsung Smart TV pada tahun 2015 ini bakal dilengkapi dengan sistem operasi Tizen. Perkara ini turut memberikan idea yang mana mungkin pihak Samsung tidak hadir dengan televisyen Android TV dalam masa terdekat ini.


Untuk makluman, sebelum ini pihak Samsung telah mengumumkan kamera digital berasaskan Tizen, jam tangan pintar, dan juga telefon pintar berasaskan Tizen ini. Samsung mengatakan dengan penggunaan Tizen ini, ia akan memudahkan kandungan dibawa kepada pelbagai jenis peranti dengan mudah, disamping memudahkan para pembangun membangunkan aplikasi dan kandungan untuknya.


Samsung turut mengumumkan yang mana mereka turut akan bekerjasama dengan beberapa pihak untuk kandungan khusus melalui Samsung Smart TV ini. Antaranya adalah Samsung Sports Live yang membolehkan pengguna menyaksikan permainan secara langsung dan melihat statistik pasukan dan pemain pada masa yang sama; PlayStation Now yang membolehkan pengguna strim permainan pada kaca televisyen dan memainkan melaluinya, dan turut melengkapkan ia dengan aplikasi Milk Video untuk melihat video yang menarik menggunakannya.


Samsung dijangka akan memperlihatkan televisyen pintar baru mereka ini pada minggu hadapan di acara CES 2015.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semua Samsung Smart TV Pada Tahun 2015 Akan Menggunakan Sistem Operasi Tizen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info