Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Hadir Dengan Aplikasi Facebook Lite Untuk Pengguna Negara-Negara Membangun

Facebook sedia mempunyai inisiatif dinamakan sebagai Internet.org dalam usaha membawa akses internet kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Kini, dalam usaha melengkapkannya juga, pihak Facebook memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Facebook Lite.


Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Android, dimana ia membawakan saiz aplikasi yang sangan kecil – sekitar 252KB dan dioptimasikan untuk digunakan bersama-sama rangkaian 2G. Selain penggunaan pada rangkaian berkelajuan rendah, aplikasi ini juga turut dioptimasikan untuk peranti Android berspesifikasi rendah yang mana biasanya banyak digunakan di negara-negara membangun ini.


Facebook Lite


Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan ke pengguna di beberapa buah negara sahaja, termasuk di Bangladesh, Afrika Selatan, Sri Lanka, Vietnam, Zimbabwe, Sudan, dan juga Nepal.


Mungkinkah dengan pengenalan pihak Facebook ini, kita akan dapat melihat lebih banyak pembangun aplikasi yang hadir dengan sokongan aplikasi berbentuk “Lite” sebegini?







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Hadir Dengan Aplikasi Facebook Lite Untuk Pengguna Negara-Negara Membangun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info