Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Mula Menawarkan Komputer Riba Dengan Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-Lima Di Malaysia

Pada awal minggu ini, pihak Intel telah melancarkan cip pemprosesan Intel Core generasi kelima secara rasminya di CES 2015, sekaligus memperlihatkan pelbagai pengeluar komputer mengemaskini penawaran mereka dengan cip terbaru ini. Pihak Acer turut tidak ketinggalan, dan menariknya sejumlah produk baru dengan cip tersebut telah pun mula ditawarkan di Malaysia.


Ketika acara Malaysia IT Fair yang diadakan bermula hari ini, beberapa produk baru Acer menggunakan cip pemprosesan baru ini telah pun mula ditawarkan. Antara yang ditawarkan adalah Acer Aspire E5-471G, Acer Aspire E5-471G, Acer Aspire V3-371-52UK, dan juga Acer Aspire R14-471TG.


Acer Aspire E5-471G


Acer Aspire E5-471G membawakan cip pemprosesan Intel Core i5-5200U (2.2Ghz dengan Turbo Boost sehingga 2.7Ghz), memori 4GB DDR3L RAM, NVIDIA GeForce 840M 2GB DDR3VRAM, 1TB HDD, dan juga skrin bersaiz 15.6-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel. Aspire E5-571G ini ditawarkan pada harga RM2099 di Malaysia.


Acer Aspire E5-471G pula merupakan variasi menggunakan cip pemprosesan sama, tetapi menggunakan skrin bersaiz 14-inci pada resolusi 1366×768 pixel, dan kad grafik NVIDIA GT820 2GB VRAM. Ia ditawarkan pada harga sedikit rendah iaitu pada harga RM1999.


Acer Aspire V3


Komputer riba memfokuskan kepada rekaan daripada keluarga Aspire V turut dikemaskini, dimana model Aspire V3-371-52UK hadir ke pasaran tempatan dengan menggunakan cip pemprosesan sama – Intel Core i5-5200U, hadir dengan ruangan storan 500GB, memori 4GB RAM, sokongan kad grafik Intel HD 5500, dan hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci HD penuh. Aspire V3 ini ditawarkan pada harga RM1999 di Malaysia.


Acer R14


Akhir sekali, komputer riba yang boleh diubah kepada beberapa bentuk penggunaan daripada Acer, iaitu Acer R14 turut hadir ke pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan cip yang serupa dengan pelbagai model lain, iaitu Intel Core i5-5200. Komputer riba dengan skrin sentuh 14-inci ini turut hadir dengan 8GB RAM, kad grafik NVIDIA GeForce 820M 2GB VRAM, serta ruangan storan 1TB HDD. Acer R14 ini ditawarkan pada harga RM2599


Pada acara Malaysia IT Fair ini, pelbagai produk baru Acer ini dipertontonkan oleh pihak D’Fusion yang mempunyai kedai mereka di Digital Mall, Petaling Jaya.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Mula Menawarkan Komputer Riba Dengan Cip Pemprosesan Intel Core Generasi Ke-Lima Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info