Blogger merupakan salah satu platform penulisan yang disediakan oleh Google, membolehkan ramai pengguna menggunakannya dalam berkongsi pendapat ataupun mencatatkan kisah-kisah peribadi mereka. Setelah sekian lama ia tidak menerima kemaskini daripada Google, hari ini, Google mengumumkan mereka akan mula mengambil tindakan terhadap kandungan berunsur lucah pada perkhidmatan Blogger bermula 23 Mac kelak.
Sejumlah platform tidak membenarkan kandungan berunsurkan lucah, dan langkah baru daripada Google ini semestinya akan menerima pujian ramai pihak, walaupun ia mungkin memberikan kesan daripada angka pengguna yang mengakses perkhidmatan tersebut. Pengumuman ini juga hadirnya daripada Google selepas mereka mengumumkan berkenaan dengan YouTube Kids, salah satu aplikasi memfokuskan kepada pengguna kanak-kanak.
Google mengatakan selepas tarikh tersebut, blog-blog yang menggunakan Blogger akan ditukar kepada status private sekiranya masih memaparkan gambar-gambar dan video lucah.
Sebelum ini, selain daripada Google, beberapa perkhidmatan turut mengambil langkah sama, termasuk Vine yang dimiliki oleh Twitter.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Selepas Melancarkan YouTube Kids, Kini Google Akan Menghalang Kandungan Lucah Pada Blogger"