Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kejam!! Bapa Tergamak Bagi Anak Telan 104 Kapsul Kokain





Seorang individu lelaki ditahan akibat sanggup mempertaruhkan nyawa anaknya sendiri untuk dijadikan keldai dadah apabila menyuruh mangsa menelan 104 kapsul berisi kokain.



Namun, tembelang lelaki itu pecah jua setelah anaknya yang baru pulang ke rumah ibunya, mengadu sakit perut lalu dimasukkan ke wad.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor menemui kapsul tersebut yang setiap satunya berisi bahan terlarang seberat antara 500 – 600 gram di dalam usus kanak-kanak malang itu.


Lantas, polis menawarkan sejumlah wang bernilai AS$ 9,000 kepada individu yang berjaya memberi maklumat tentang suspek.

Tidak lama kemudian, si bapa, Fernando Mancilla Aguilar, berjaya ditahan di bandar Cali yang terletak di barat Columbia dan bakal berhadapan dengan dakwaan cuba membunuh dan penyeludupan dadah.

Siasatan mendapati, kanak-kanak tersebut bakal diterbangkan ke negara Eropah, berkemungkinan Sepanyol dengan membawa bersama kapsul-kapsul tersebut.





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kejam!! Bapa Tergamak Bagi Anak Telan 104 Kapsul Kokain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info