Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mati terjatuh tingkat 11



Kuala Lumpur: Penduduk kondominium Prima Setapak 2, Jalan Gombak gempar apabila menemui mayat seorang wanita berpakaian baju tidur dipercayai terjatuh daripada tingkat 11 bangunan berkenaan awal pagi tadi








Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mayat mangsa berusia 20-an itu ditemui mati berlumuran darah di atas sebuah kereta Proton Wira oleh pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan di bangunan berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.





Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal polis mendapati tiada penghuni di kondominium terbabit yang mengenali mangsa dan berdasarkan kepada pengawal keselamatan, mangsa dipercayai tinggal di tingkat 11 bangunan berkenaan.





"Hasil siasatan di unit rumah berkenaan mendapati, jeriji besi dan pintu rumah itu terbuka serta kosong. Pemeriksaan lanjut anggota forensik menemui peralatan menghisap dadah.





"Pihak polis masih menyiasat identiti sebenar mangsa yang dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada lengan mangsa.,"katanya ketika dihubungi, sebentar tadi





Menurut Asmadi, siasatan teliti sedang djalankan dan pihaknya berusaha mengesan pemilik unit serta penyewa untuk membantu dalam siasatan selanjutnya.







Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Tiga terbunuh, 14 cedera Sri Aman: Tiga pekerja terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu Sri Aman,…
  • Begini Rupanya Rahsia Sebenar Poket Kecil Pada Seluar JEANS !!! Hampir rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jeans. Jika ada yang beranggapan ia merupakan seluar yang…
  • Sri Aman: Tiga pekerja terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam letupan lombong arang batu di Selantik, Pantu Sri Aman,…
  • Penunggang Maut Digilis Treler Serdang: Mengerikan apabila seorang penunggang motosikal berkecai kepalanya selepas digilis treler berhampiran plaza …
  • Lagu Insaf Dari Jel Kluang: "Saya ingat karier sebagai penyanyi sudah berakhir, tetapi tidak sangka pula rupa-rupanya saya menjadi artis p…
0 Komentar untuk "Mati terjatuh tingkat 11"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info