Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta





ALAHAi kesiannya, lelaki manalah yang sanggup merobek hati gadis secantik pelakon Nur Fazura ni…

Ketika ditemui pihak media semasa majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Fazura mengakui dia mengalirkan air mata ketika melihat babak putus cinta.

Menurutnya, ini kerana persamaan watak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) itu memang sedikit sebanyak ada berkait dengan kisah peribadinya termasuk bab putus cinta.

“Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

MCDC diarahkan oleh Bernard Chauly turut dibintangi ramai pelakon popular antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein dan Eja.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember ini.

Buat yang rindukan lakonan spontan dan ‘gedik’ Fazura pastinya dah tak sabar nak lihat naskhah lakonan terbaharu si cantik manis ni kan!






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

  • Bayi lemas jatuh kolamSerian: Seorang ibu kelu dan terkejut apabila melihat bayi lelakinya berusia 16 bulan lemas dalam sebuah kolam selepas s…
  • Geng lapah manusia tersungkurBukit Mertajam: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia termasuk kepala tangan dan kaki di merata-rata tempat te…
  • Cerai kerana FrozenTokyo: Seorang wanita berusia 29 tahun menuntut cerai daripada suaminya semata-mata kerana berbeza pendapat mengenai fil…
  • Sudah jatuh ditimpa dindingJohor Bahru: Sebelas kenderaan rosak ditimpa dinding sebuah bengkel yang runtuh dalam kejadian di Jalan Medan Nusa Perin…
  • Nenek tauke daun ketumJitra: Kegiatan licik seorang nenek berusia 65 tahun yang menjadi tauke daun ketum sejak setahun lalu akhirnya terbongka…
0 Komentar untuk "Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info