Hanya melihat pelayan bertudung dan dikunjungi ramai pelanggan Melayu, restoran itu dianggap menyediakan makanan halal. Itulah senario bagi menggambarkan betapa tipisnya penanda aras kebanyakan masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini dalam menentukan sama ada sesebuah restoran itu berstatus halal ataupun sebaliknya.
Suka atau tidak, itulah realitinya malah masih ramai yang tidak menyedari kebanyakan restoran asing khususnya menawarkan menu Jepun dan Korea yang kini menjadi kegilaan ramai termasuk orang Melayu tidak memiliki status halal.
Tinjauan di beberapa pusat membeli-belah sekitar ibu kota turut mendapati banyak restoran seumpama itu tidak menggantung serta memaparkan logo atau sijil perakuan halal pada pintu masuk premis walhal di dalamnya penuh dengan pelanggan beragama Islam.
Jika ada pun, hanya sekadar papan tanda no pork dan no alcohol yang jelas belum mampu lagi menjamin taraf halal sesuatu sajian, sedangkan banyak lagi elemen yang wajar diragui bagi seorang pengguna Islam termasuk bahan digunakan dalam penyediaan hidangan ditawarkan.
Dalam pada itu, seorang pengurus restoran Melayu yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaan makanan Jepun mendedahkan, makanan Jepun secara tradisinya mempunyai resipi tersendiri termasuk penggunaan arak atau alkohol sebagai penambah perasa.
Jelasnya secara terperinci, tiga jenis arak yang wajib ada dalam masakan Jepun dikenali sebagai mirin, sake dan cuka tidak halal.
Lebih 90 peratus restoran Jepun di Malaysia dipercayai masih mengekalkan tradisi mereka dengan menggunakan alkohol dalam pembuatan sushi serta beberapa jenis makanan lain dan hukum memakan makan tersebut jelas haram bagi umat Islam.
Penggunaan tiga bahan tersebut cukup terkenal terutamanya dalam proses penyejukan sushi. Bahan itu akan digaul sebati sekali gus menjadikan makanan tersebut lembap, cukup rasa (masam manis) dan enak.
Tambahnya, beberapa makanan lain yang berasal dari negara matahari terbit itu juga boleh disifatkan sebagai syubhah antaranya ramen dan Chuka Idako (anak sotong kurita).
Proses penyediaan ramen Jepun kebiasaannya menggunakan air rebusan lemak khinzir atau ayam. Bagi Chuka Idako, pembekal dari Jepun mengelaskan bahan tersebut kepada dua kategori iaitu halal dan tidak halal, katanya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: utusan
Gambar hiasan.

- 16 Makanan Lazat Jepun Yang Popular Di Kalangan Orang Malaysia
- Kenali Logo Halal Dari 40 Buah Negara Yang Diiktiraf JAKIM
sumber: utusan
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Halalkah Restoran Jepun Dan Korea Di Malaysia?"