Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Disaman Oleh Coolpad Kerana Melanggar Paten

Pelanggaran paten dan kes saman-menyaman dalam arena teknologi bukan sesuatu yang baru. Terkini, Xiaomi dilihat disaman oleh Coolpad, dikatakan kerana Xiaomi melanggar paten dan hak cipta milik Coolpad.

Coolpad sendiri merupakan salah satu pengeluar peranti dan mempunyai beberapa peranti mudah-alih dibawah mereka. Namun, untuk pemfailan saman ke atas Xiaomi, ia dilakukan melalui subsidiari mereka, Yulong Computer Telecomunication Scientific.

Coolpad mengatakan Xiaomi melanggar paten rekabentuk berkaitan dengan rekaan multi-kad-SIM pada peranti, selain beberapa teknologi berkaitan antaramuka pada peranti. Mereka turut memohon agarXiaomi menghentikan pengeluaran pelbagai peranti mereka, termasuk beberapa model terkini.

Bercakap mengenainya, XIaomi dilaporkan mengatakan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan hal ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Disaman Oleh Coolpad Kerana Melanggar Paten"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info