Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tetikus Nirwayar Logitech G305 DIperkenalkan – Mampu Bertahan Selama Sembilan Bulan Dengan Satu Bateri AA

Tetikus nirwayar untuk gaming cukup popular kebelakangan ini, dan syarikat-syarikat seperti Logitech telahpun memperkenalkan beberapa model yang boleh digunakan untuk mereka yang benar-benar serius mengenai menggunakannya untuk tujuan e-sukan dan sebagainya.

Akan tetapi kebanyakan tetikus nirwayar ini hadir dengan tanda harga yang cukup mahal sekali, dan dengan ini Logitech memperkenalkan tetikus gaming nirwayar mereka yang terbaru pada harga mampu milik yang dinamakan Logitech G305.

Dari segi rekaan, tetikus Logitech G305 ini hadir dengan rangka polikarbonat yang biasa dapat dilihat pada kebanyakan tetikus Logitech yang lain, manakala dari segi butang pula, ia hadir dengan enam butang yang boleh diprogram melalui perisian Logitech sendiri.

Tetikus G305 ini menggabungkan sensor optikal HERO yang biasanya digunakan didalam tetikus kelas premium, dan juga sistem nirwayar Lightspeed yang bukan sahaja memberikan pengguna pilihan 200-12000 mata DPI, malah hadir dengan sela-masa input serendah 1ms, dan hanya menggunakan satu bateri AA yang mampu bertahan selama 250 jam.

Untuk menyambungkan tetikus ini kepada komputer, pengguna perlu menggunakan penyambung USB yang boleh disimpan di dalam tetikus ini.

Logitech juga berkata bahawa tetikus ini hadir dengan kebolehan untuk bertahan lama melalui mod “Endurance”, yang akan meningkatkan sela-masa input kepada 8ms, tetapi membolehkan tetikus ini untuk bertahan selama sembilan bulan.

Menurut laporan dari The Verge, tetikus Logitech G305 ini akan hadir di pasaran Amerika pada penghujung bulan ini, dan akan dijual pada harga $59.99. Buat masa ini, kemasukan ke pasaran tempatan masih belum diumumkan lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tetikus Nirwayar Logitech G305 DIperkenalkan – Mampu Bertahan Selama Sembilan Bulan Dengan Satu Bateri AA"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info