Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sennheiser CX Sport Dilancarkan Untuk Peminat Audio Aktif Bersukan

Kajian mendapati senaman menjadi lebih efektif sekiranya dilakukan sambil mendengar muzik. Muzik berentak laju memberikan semangat untuk membakar lebih banyak lemak. Namun fon telinga biasa mudah rosak kerana peluh yang dirembes oleh tubuh. Bagi peminat audio yang aktif bersukan, Sennheiser CX Sport baru sahaja dilancarkan.

Fon telinga Bluetooth ini direka khas dengan cuping getah yang memastikan ia tidak mudah tertanggal ketika melakukan aktiviti senaman Ia juga kalis peluh dan percikan air namun tidak mempunyai tahap IP yang membolehkannya dibawa berenang.  Ia menyokong Bluetooth 4.2 dan audio apt-X untuk penstriman audio pada resolusi tinggi.

Dengan sekali caj CX Sport boleh beroperasi selama enam jam. Ia boleh dicaj kembali sepenuhnya dalam masa 90 minit.  Fon telinga tanpa wayar ini akan dijual bermula bulan Jun pada harga €129 (~RM 604).



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sennheiser CX Sport Dilancarkan Untuk Peminat Audio Aktif Bersukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info