Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenbook Pro 15 Diperkenalkan Dengan Skrin 4K, Intel Core i9, Kad Grafik GTX 1050

Asus hari ini memperkenalkan keluarga komputer riba terbaru mereka, iaitu Asus Zenbook Pro 15. Komputer riba ini memfokuskan kepada penawaran spesifikasi tinggi, sesuai digunakan untuk menikmati multimedia, selain menghasilkan kandungan melaluinya.

Asus Zenbook Pro 15

Asus Zenbook Pro 15 ini hadir dengan skrin 15.6-inci dengan pilihan resolusi sehingga 4K UHD (3840×2160 pixel), dijana menggunakan cip Intel Core i9-8950HK, kad grafik GeForce GTX 1050, dan memori sehingga 16GB DDR4 RAM. Ia turut menawarkan pilihan sehingga 1TB PCIe SSD, selain sambungan USB-C, slot pembaca mikro-SD, sambungan HDMI, dan juga bicu audio.

Asus Zenbook Pro 15

Asus mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 9 jam lamanya, selain turut dilengkapi sokongan audio Asus SonicMaster.

Asus juga turut menawarkan variasi Zenbook Pro 15 ini dengan pilihan skrin FHD, selain pilihan cip pemprosesan Core i7 dan Core i5.

Buat masa ini, Asus masih belum mengumumkan harga jualan rasminya lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenbook Pro 15 Diperkenalkan Dengan Skrin 4K, Intel Core i9, Kad Grafik GTX 1050"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info