Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sekolah Di China Menggunakan Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Memastikan Pelajar Memberi Perhatian

Adakalanya ketika sedang melalui proses pembelajaran dalam bilik darjah, terdapat beberapa pelajar yang tidak memberikan perhatian dan mungkin melakukan tugasan lain, atau tertidur. Kini, dalam usaha mengatasinya, dan memahami pelajar, salah satu sekolah di China menggunakan teknologi pengecaman wajah untuknya.

Sekolah “Zhejiang Hangzhou No.11 High School” telah memasang kamera dalam bilik darjah untuk tujuan membuat pengecaman wajah dan mimik wajah pelajar, sekaligus memahami sama ada mereka sedang memberikan perhatian kepada proses pembelajaran atau sebaliknya.

Data berkenaan seterusnya dikumpulkan, dimana ia direkodkan bersama-sama kehadiran, dan tahap perhatian yang diberikan oleh seseorang pelajar terhadap pembelajaran berkaitan.

Data ini dikatakan akan digunakan dalam terus menambah-baik proses pengajaran dan pembelajaran – selain turut membantu para guru. Tiada rakaman video dalam kelas yang disimpan, dan hanya data berkaitan sahaja direkodkan pada sistem – sekaligus mengurangkan keresahan privasi yang mungkin timbul.

Buat masa ini, hanya satu sekolah di China sahaja yang melaksanakan perkara ini dalam usaha menambah-baik proses pembelajaran.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sekolah Di China Menggunakan Teknologi Pengecaman Wajah Untuk Memastikan Pelajar Memberi Perhatian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info