Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 3 Zoom Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Asus kini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi untuk telefon pintar memfokuskan fotografi mereka, iaitu Asus Zenfone 3 Zoom. Kemaskini baru yang dilancarkan ini menawarkan penaik-tarafan kepada sistem operasi Android Oreo yang terkini.

Asus Zenfone 3 Zoom sebelum ini telah dilancarkan pada Mac 2017 yang lepas, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk sokongan zoom optikal 2.3x, dan zoom digital sehingga 12x. Sebelum ini juga, Asus telah menambah sokongan rakaman RAW untuk peranti berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 3 Zoom, anda boleh menyemak peranti anda, dan memulakan proses kemaskini hari ini dengan ke halaman Settings > About > System Update



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 3 Zoom Mula Menerima Kemaskini Android Oreo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info