Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Kini Turut Menawarkan Pulangan Tunai 6% Sehingga 31 Mei – Sebelum Kadar Sifar GST

Huawei Malaysia telah pun mengumumkan penawaran pulangan tunai 6% untuk pembelian sejumlah produk mereka sehingga penghujung bulan Mei ini. Kini, selain Huawei, Acer Malaysia turut melakukan perkara sama, dan menawarkan pulangan tunai 6% untuk semua produk Acer – sekaligus membolehkan anda mendapatkan produk Acer pada harga diskaun 6%.

Acer Malaysia 6 Peratus

Langkah ini dilihat mungkin adalah sebagai persiapan untuk kadar sifar GST yang akan aktif bermula 1 Jun 2018 kelak.

Buat masa ini, pelbagai pengeluar peranti masih tidak berkongsi perancangan mereka selepas 1 Jun 2018 kelak. Tetapi dengan langkah Acer dan Huawei ini, kita mungkin akan dapat melihat penawaran harga produk yang sedikit murah selepas tarikh berkenaan.

Bagi anda yang berminat mendapatkan produk Acer, boleh mendapatkannya pada harga diskaun 6% sehingga 31 Mei 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Kini Turut Menawarkan Pulangan Tunai 6% Sehingga 31 Mei – Sebelum Kadar Sifar GST"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info