Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Honor Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Honor MagicBook

Honor terkenal kerana menawarkan telefon pintar spesifikasi tinggi pada harga mampu milik seperti Honor View 10 yang memiliki spesifikasi yang hampir sama dengan Huawei Mate 10. Kini mereka akan melancarkan sebuah komputer riba sama seperti yang dilakukan oleh Huawei. Komputer riba pertama mereka ini akan dikenali sebagai Honor MagicBook.

Pada awalnya, Honor MagicBook ini hanyalah satu jenaka untuk April Fool. Ini kerana, rekaan MagicBook ini mempunyai bingkai yang terlampau nipis dan dilihat seperti tidak masuk akal.

Kini Honor telah menerbitkan poster promosi melalui akaun Weibo rasmi mereka di mana Honor MagicBook bakal dilancarkan pada 19 April 2018 bersama dengan Honor 10. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai MagicBook ini seperti spesifikasi, rekaan dan penawaran harga pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Honor Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Honor MagicBook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info