Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Zenfone 5 Dilancarkan Di Taiwan Dengan Harga Sekitar RM1585

Tiga model Asus Zenfone 5, 5Z dan 5 Lite diperlihatkan di acara MWC tahun ini. Asus Zenfone 5 ialah model dengan spesifikasi sederhana. Selepas beberapa bulan menanti, ia akhirnya telah dilancarkan di Taiwan.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.2″ IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 636, dilengkapi memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, dwi kamera utama 12+8 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3300 mAh.

Sistem operasi Android Oreo digunakan dengan pelancar ZenUI yang terkini. Selain daripada itu terdapat sokongan sistem Zenmoji dan pengecasan pantas Boostmaster. Di Taiwan peranti ini dijual pada harga NTD 11,990 (~MR 1585) dengan pilihan warna biru dan perak.

Bagi peminat peranti Asus di Malaysia, kemungkinan besar Zenfone 5 akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei berdasarkan maklumat yang kami terima dari Asus Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Zenfone 5 Dilancarkan Di Taiwan Dengan Harga Sekitar RM1585"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info