Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Dan Google Bakal Melancarkan Skrin Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Peranti Realiti Maya

Samsung Galaxy S9 yang baru sahaja dilancarkan mempunyai skrin dengan kepadatan pixel 570 PPI. Skrin dengan kepadatan pixel yang tinggi adalah perlu bagi peranti yang boleh digunakan sebagai peranti realiti maya menggunakan Galaxy Gear. Kepadatan pixel Galaxy S9 akan kelihatan kecil jika dibandingkan dengan skrin untuk peranti boleh pakai yang bakal dilancarkan oleh LG dan Google.

Menurut laporan Road to VR, LG dan Google sedang membangunkan sebuah skrin dengan kepadatan pixel 1443 PPI. Skrin untuk peranti realiti maya ini akan diperlihatkan di acara DisplayWeek yang akan berlangsung pada bulan Mei. Skrin OLED sebesar 4.3″ ini turut menyokong tahap segar semula 120 Hz.

Ini sekaligus menjadikannya skrin dengan kepadatan pixel tertinggi setakat ini. Pengguna skrin beresolusi amat tinggi ini perlu bagi mengurangkan kesan screendoor yang membuatkan skrin kelihatan seperti jaring pada jarak dekat di dalam peranti realiti maya. Selain LG dan Google, Samsung juga telah memperlihatkan skrin 3.5″  beresolusi tinggi mereka yang mempunyai kepadatan pixel 858 PPI.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LG Dan Google Bakal Melancarkan Skrin Dengan Kepadatan Pixel 1443 PPI Untuk Peranti Realiti Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info