Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TM Mengumumkan Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru – RM59 Sebulan Untuk Data Tanpa Had

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, sekaligus menawarkan pelan khusus Unifi Mobile menyasarkan tenaga pengajar, dinamakan “JASA Pack”.

Pelan khusus ini ditawarkan untuk para guru diseluruh negara, dimana melaluinya, ia menawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had pada harga langganan hanya RM59 sebulan.

Unifi Mobile

Pada harga tawaran berkenaan, ia boleh dikatakan pelan Unifi Mobile untuk guru ini sesuatu yang berbaloi berbanding pakej lain di pasaran hari ini. Penawaran ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan komunikasi, dan memastikan guru kekal berhubung tanpa bebanan pelan yang berharga tinggi.

Para guru mungkin akan menerima mesej terus daripada pihak Telekom Malaysia dalam bagaimana untuk mendaftar dan melanggan pakej Unifi Mobile “Jasa Pack” ini dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "TM Mengumumkan Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru – RM59 Sebulan Untuk Data Tanpa Had"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info