Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple HomePod Tidak Menyokong Penstriman Bluetooth Secara Natif

Pra-pesan untuk speaker pintar Apple HomePod dibuka beberapa hari yang lalu. Ia akan dijual secara rasmi bermula 5 Februari ini selepas ditangguh dari tarikh asal Disember yang lalu. Bagi yang berminat untuk memiliki HomePod, Apple akhirnya berkongsi spesifikasi speaker pintar ini akhirnya dikongsi di laman rasmi.

Menarik sekali ia hanya menyenaraikan sokongan penstriman audio menerusi Apple Music, iTunes, iCloud, radio Beats 1 Live, aplikasi Podcasts dan AirPlay (menerusi iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV, danMac). Walaupun ia menyokong format Bluetooth 5.0, sokongan penstriman Bluetooth terus dari peranti tidak disokong.

Ini bermakna sekiranya anda memiliki sebuah peranti Android, penstriman audio dari peranti tidak akan disokong walaupun ia menyokong AirPlay seperti HTC U11. Apa yang dilakukan Apple ini tidak mengejutkan kerana majoriti bakal pembeli HomePod pastinya sudah memiliki peranti yang menyokong ekosistem Apple.

Tetapi sekiranya anda seperti kami yang memiliki peranti yang mempunyai pelbagai sistem operasi, sokongan yang terhad ini sedikit mengecewakan speaker pintar lain seperti Google Home Max dan Sonos One mempunyai sokongan penstriman Bluetooth secara natif.

Sumber Apple menerusi The Verge



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple HomePod Tidak Menyokong Penstriman Bluetooth Secara Natif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info