Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Wiko Bakal Melancarkan Telefon Pintar Dilengkapi Takuk Pada Skrin

Wiko merupakan salah satu pengeluar peranti yang terkenal dengan penawaran telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Kini, pada MWC 2018, pihak Wiko dilihat merancang untuk memperkenalkan telefon pintar yang dilengkapi takuk pada skrin – selari dengan trend baru yang semakin popular sejak pengenalan iPhone X.

Wiko View 2

Dua peranti dijangka diperkenalkan Wiko, iaitu Wiko View 2 dan juga Wiko View 2 Pro. Kedua-duanya menjalankan cip Snapdragon, dimana Wiko View 2 dilengkapi cip Snapdragon 435, sementara Wiko View 2 Pro pula menggunakan cip Snapdragon 450.

Wiko View 2

Spesifikasi penuh untuknya dijangka diumumkan dalam beberapa jam lagi. Daripada apa yang diketahui buat masa ini, siri Wiko View 2 ini dilengkapi skrin 6-inci pada nisbah 19:9. Ia juga turut menggunakan pengecas berasaskan mikro-USB.

Kami akan berkongsi lanjut mengenai telefon pintar ini dalam beberapa jam lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Wiko Bakal Melancarkan Telefon Pintar Dilengkapi Takuk Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info