Tiga lagi model baru di bawah keluarga Alcatel 3 dilancarkan di MWC pagi ini iaitu Alcatel 3, Alcatel 3V dan Alcatel 3X. Kesemuanya adalah peranti kelas permulaan dengan skrin 18:9. Strategi Alcatel tahun ini ialah melancarkan kesemua peranti mereka dengan menggunakan skrin memanjang mengikut trend pasaran semasa.
Acatel 3V ialah model dengan spesifikasi tertinggi iaitu skrin 6″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses MediaTek MT8735A, memori sebesar 2GB RAM dan storan 16 GB. Dwi-kamera utama menggunakan sensor 12+2 Megapixel f/2.2 manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAH membekalkan kuasa kepada peranti ini. Terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang dan sistem nyah-kunci menggunakan wajah Face Key. Peranti ini dijual pada harga €190 (~RM 915) sebuah.
Alcatel 3X dilengkapi skrin lebih kecil 5.7″ HD+, dijana pemproses MediaTek MT 6739, memori sebesar 3GB RAM dan storan 32GB. Dwi-kamera utama menggunakan sensor 16+8 Megapixel f/2.0+f/2.2 manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/2.4. Bateri sebesar 3000 mAH membekalkan kuasa kepada peranti ini tanpa sokongan pengecasan pantas. Terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang dan sistem nyah-kunci menggunakan wajah Face Key. Peranti ini dijual pada harga €180 (~RM 867) sebuah.
Akhir sekali ialah Alcatel 3 yang dilengkapi skrin 5.5″ HD+, dijana pemproses MediaTek MT 6739, memori sebesar 2GB RAM dan storan 16GB. Dwi-kamera utama menggunakan sensor 16 Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/2.4. Bateri sebesar 3000 mAH membekalkan kuasa kepada peranti ini tanpa sokongan pengecasan pantas. Terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang dan sistem nyah-kunci menggunakan wajah Face Key. Peranti ini dijual pada harga €150 (~RM 723) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tiga Model Alcatel 3 Diperkenalkan Dengan Skrin 18:9"