Sony melancarkan kamera A7R III tidak lama dahulu, dan ia merupakan sebuah kamera yang dibina khusus untuk golongan profesional yang mahukan prestasi yang hebat, disamping kualiti gambar yang menawan.
Syarikat pembuat peranti elektronik dari Jepun tersebut juga baru sahaja dilihat mengumumkan kamera terbaru mereka, iaitu Sony A7 III, sebuah kamera mirrorless terbaru mereka yang hadir dengan sensor 24.2MP dan juga kebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K dan mengambil gambar sebanyak 10 bingkai sesaat pada resolusi penuh.
Kamera A7 III ini dikuasakan oleh cip pemprosesan imej BIONZ-X yang terbaru, dan selain daripada kelajuannya yang 1.8 kali lebih pantas daripada cip pemprosesan sebelum ini, ia juga hadir dengan sistem autofokus dengan 693 titik pemfokusan yang sama dengan kamera Sony A9 dan menyokong penggunaan lensa E-mount dari Sony.
Sony juga menyatakan bahawa kamera A7 III ini menjanjikan jangka hayat bateri yang terbaik didalam mana-mana kamera mirrorless, dan ini adalah kerana Sony A7 III ini adalah kamera pertama yang menggunakan bateri siri Z mereka yang terbaru.
Dalam pada itu, kamera ini juga hadir dengan dua slot untuk kad SD, port USB-C dan HDMI, dan juga sambungan tanpa-wayar WiFi, Bluetooth dan juga NFC. Dari segi paparan pula, Sony A7 III ini hadir dengan skrin quad-VGA OLED.
Kamera Sony A7 III ini kini mula dijual pada harga $2000 (RM8000) untuk badan kamera sahaja, manakala model yang hadir bersama-sama dengan lensa FE 28‑70 mm F3.5‑5.6 pula dijual pada harga $2200 (RM8800).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony A7III Kamera Full Frame Terbaru Sony Yang Hadir Dengan Sensor 24.2MP Dan Rakaman Video 4K"