Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Akan Menyokong Xiaomi Untuk Memasarkan Komputer Riba Pada Peringkat Global

Xiaomi mempunyai beberapa komputer riba dengan rekaan yang menarik, tetapi ia ditawarkan terhad untuk pasaran China sahaja sehingga kini. Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.

Kini, Xiaomi dan Microsoft mengumumkan kerjasama, dimana melalui kerjasama ini, Xiaomi akan menggunakan kelebihan Microsoft untuk memasarkan, menyokong dan membangunkan produk komputer riba dan seumpamanya – sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran antarabangsa.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memperlihatkan kita mungkin akan dapat melihat komputer riba Xiaomi dengan Windows 10 ditawarkan pada peringkat global dalam masa bulan-blan akan datang.

Disamping itu, Xiaomi dan Microsoft juga turut mengumumkan kerjasama dalam arena kecerdasan buasan, dan juga sokongan perkomputeran awan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Akan Menyokong Xiaomi Untuk Memasarkan Komputer Riba Pada Peringkat Global"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info