Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Malaysia Memulakan Program Membaiki ThinkPad Carbon X1 Generasi Ke-Lima Kerana Risiko Melibatkan Bateri

Sekiranya anda memiliki komputer riba Lenovo ThinkPad Carbon X1 generasi ke-lima, anda perlu melakukan pemeriksaan  dengan segera. Pihak Lenovo mengumumkan terdapat skru yang tidak dipasang dengan sempurna pada komputer riba ini yang boleh mengakibatkan kerosakan bateri menjurus kepada kebarangkalian berlakunya kebakaran.

Model yang terjejas ialah 20HQ, 20HR, 20K3 dan 20K4 yang dikilangkan di antara  Disember 2016 hingga Oktober 2017. Pelanggan disarankan melakukan pemeriksaan nombor siri yang terletak pada bahagian bawah komputer riba menerusi pautan di bawah bagi memastikan peranti mereka terjejas. Sekiranya komputer riba terjejas, mereka boleh melakukan panggilan ke nombor pusat perkhidmatan pelanggan Lenovo di 1800-81-8479.

Kos membaiki masalah ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lenovo. Selepas dihubungi oleh pihak perkhidmatan pelanggan Lenovo, pelanggan akan diberikan tarikh untuk menghantar peranti untuk dibaiki. Masa yang diambil untuk proses membaiki adalah minimum

Pautan – Laman memeriksa nombor siri Lenovo ThinkPad X1 Carbon yang terjejas



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Malaysia Memulakan Program Membaiki ThinkPad Carbon X1 Generasi Ke-Lima Kerana Risiko Melibatkan Bateri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info