Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Umum Kemaskini Untuk HP EliteBook – Lebih Mengawal Privasi Dan Sekuriti

HP hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk beberapa produk mereka, termasuk komputer riba HP EliteBook. Hadir dengan rekaan premium, komputer riba ini juga turut menyertakan sejumlah ciri-ciir yang memfokuskan kepada privasi dan sekuriti.

Tiga model yang diperkenalkan adalah HP EliteBook 830 (13-inci), 840 (14-inci) dan 850 (15-inci). Ke semua hadir dengan cip Intel Core generasi terkini, sementara hanya model 13-inci yang hadir tanpa GPU khusus.

HP EliteBook

Selain spesifikasi terkini, HP EliteBook kini turut menyertakan posisi mikrofon yang lebih baik untuk panggilan video berkualiti menggunakannya. HP turut menyertakan perisian Noise Cancellation khusus untuk membolehkan anda mmebuat panggilan tanpa gangguan bunyi bising persekitaran.

HP EliteBook

Disamping itu, pada bahagian kamera hadapan, ia menyertakan sebuah peluncur khusus yang boleh menutup kamera atau membukanya. Ini akan memberikan anda lebih keselesaan dari segi privasi ketika menggunakan komputer riba berkenaan.

Dan akhir sekali, HP turut menyertakan perisian dinamakan Sure Click yang membolehkan penggunaan pelayar web diasingkan daripada sistem operasi utama – sekaligus mengelak komputer anda terkesan dengan pelbagai serangan perisian hasad.

HP akan mula memasarkan komputer riba ini secara berperingkat mengikut negara bermula bulan Februari 2018 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Umum Kemaskini Untuk HP EliteBook – Lebih Mengawal Privasi Dan Sekuriti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info