Kewujudannya Leaagoo S9 mula diketahui sekitar Disember 2017. Tetapi semalam akhirnya ia dilancarkan di MWC dengan menggunakan moto “peranti Android pertama dengan skrin bertakuk”. Ini mungkin kurang tepat kerana sebelum ini Essential Phone dan Sharp Aquos S2 turut mempunyai rekaan bertakuk walaupun bersaiz kecil.
Leagoo S9 dilengkapi skrin 5.85″ IPS LCD HD+. dijana pemproses MediaTek MT6750, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kamera utama 13+2 Megapixel bersensor Sony dan kamera hadapan 8-Megapixel. Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 8.1 ini. Seperti iPhone X, Leagoo S9 turut mempunyai sistem nyahkunci menggunakan wajah. Leagoo S9 dijual pada harga $149.99 (~RM 585) sebuah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Leagoo S9 Dilancarkan – Peranti Android Pertama Dengan Skrin Bertakuk"