Telefon pintar dengan jenama kenderaan bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah sedia melihat penggunaan jenama seperti Porsche dan juga Bentley. Terkini, jenama kenderaan Land Rover turut dilihat hadir dengan penawaran telefon pintar tersendiri dinamakan Land Rover Explore.
Land Rover Explore dikeluarkan oleh Bullitt – yang mana turut mengeluarkan telefon pintar berjenama Caterpillar.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci FHD, dilengkapi cip MediaTek Helio X27, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Land Rover Explore ini dilengkapi kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 4-megapixel – selain dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh.
Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan kalis air dan debu IP68, selain penawaran pemetaan kawasan pedalaman yang baik. Land Rover Explore turut dikatakan mampu bertahan jatuhan sehingga 1.8-meter.
Menariknya juga adalah dimana Land Rover Explore ini turut hadir dengan sokongan modular – membolehkan pengguna menambah beberapa ciri melalui modul khusus untuknya. Untuk permulaan, dua modul ditawarkan, iaitu Adventure Pack dengan bateri berkapasiti 3600mAh dan antena GPS untuk prestasi lebih baik, selain Bike Pack yang hadir dengan bateri berkapasiti 4370mAh.
Land Rover Explore dijangka dipasarkan bermula bulan April 2018 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Land Rover Hadir Dengan Telefon Pintar Tahan Lasak"