Apple Park ialah bangunan markas baru Apple dengan rekaan seakan sebuah piring terbang. Bangunan yang direka oleh Sir Norman Foster ini unik kerana penggunaan dinding kaca pada keseluruhan dinding luaran dan dalaman. Ini adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kakitangan dan memudahkan cahaya semula jadi menerangi ruang pejabat.
Namun menurut laporan Time, ramai kakitangan mengalami kecederaan kerana kerap terhantuk pada dinding kaca yang digunakan. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menampal nota Post It tetapi ia kemudian dicabut kerana mencacatkan pemandangan. Ini adalah satu lagi bukti bahawa rekaan yang cantik tidak semestinya akan menjadi sesuatu yang pratikal dalam kehidupan seharian.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kakitangan Di Apple Park Dilaporkan Tercedera Kerana Kerap Terlanggar Dinding Kaca"