Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Doobie Ingin Memudahkan Anda Rekabentuk Dan Cetak Gambar Instagram Pada TShirt

Pada hari ini, terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan kemudahan untuk para pengguna mencetak baju-T mereka tersendiri pada harga rendah. Terkini, salah satu syarikat tempatan hadir dengan aplikasi dinamakan sebagai Doobie untuk memudahkan para pengguna merekabentuk baju-T mereka tersendiri dengan menggunakan gambar dari kamera mereka atau dari Instagram.


Menggunakan Doobie, pengguna akan boleh memilih saiz baju-T, dan seterusnya menambah gambar padanya. Pengguna diberikan pilihan untuk menambah gambar dari Instagram atau dari galeri telefon pintar untuk dicetak pada baju. Sekiranya tidak, pengguna juga turut boleh memilih untuk merakamkan gambar menggunakan kamera untuk dicetak pada baju berkenaan.


Doobie Android


Sebaik sahaja selesai, pengguna boleh terus memilih untuk mencetaknya – dimana pembayaran boleh dilakukan menggunakan PayPal. Walaupun pembangunnya adalah dari Malaysia, namun disebabkan ia menyasarkan pengguna global, maka caj yang dikenakan adalah dalam bentuk USD – sekaligus menjadikan harga jualan untuk baju-T berkenaan agak mahal.


Apa pun, bagi anda yang berminat boleh mencubanya, dan melihat sendiri hasil rakaman gambar anda pada baju-T.




Layari : Doobie





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Doobie Ingin Memudahkan Anda Rekabentuk Dan Cetak Gambar Instagram Pada TShirt"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info