Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Panggung Wayang Untuk OKU Penglihatan Dibuka Di Brickfields

e22e2e


Jangan rasa pelik dengan tajuk artikel ini kerana ianya bukan typo. Warga buta seperti kita juga mahu “menonton” filem di wayang gambar. Malang sekali selama ini tidak ada panggung wayang yang menggunakan teknologi Audio Description (AD) untuk membolehkan mereka “melihat” apa yang sedang ditayangkan. Persatuan Orang Buta Malaysia dengan bantuan Maybank akhirnya membuka panggung wayang khas untuk orang buta di Brickfields. Dengan teknologi AD setiap babak akan diterangkan kepada penonton bagi membolehkan penonton buta memahami apa yang didengari. Panggung wayang khas ini membeli filem AD secara terus melalui Amazon.com. Pihak Persatuan Orang Buta Malaysia akan melakukan satu tayangan setiap bulan di panggung wayang ini. Masuk adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Sekiranya anda ingin menonton wayang dari perspektif orang buta, silalah ke panggung wayang yang terletak di bangunan Persatuan Orang Buta Malaysia. Di bawah ialah trailer filem Frozen dengan teknologi AD untuk memberikan anda gambaran tentang bagaimana untuk menonton filem apabila anda buta.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Panggung Wayang Untuk OKU Penglihatan Dibuka Di Brickfields"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info