Tablet terakhir Huawei yang popular dan juga boleh dikatakan berjaya adalah Huawei Mediapad M3. Mediapad M3 ini adalah tablet berspesifikasi pertengahan yang dilancarkan pada tahun 2016. Kali ini, Mediapad M5 dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi.
Tablet ini akan dilengkapi skrin 10.8″ FHD+, dijana oleh pemproses Kirin 960, iaitu sama dengan Huawei Mate 10 Pro, Mate 10, P10 dan P10 Plus. Selain itu, RAM yang digunakan ialah sebesar 4GB dan storan pula sebesar 32GB. Kamera belakang 13MP tanpa flash LED dan kamera swafoto pula ialah 8MP. Melengkapi spesifikasinya ialah bater sebesar 29Whr bateri dan pembesar suara yang ditala oleh Harmon Kardon.
Huawei juga turut akan memperkenalkan variasi Pro yang didatangkan dengan storan sebesar dalaman, sokongan LTE dan juga pen stylus yang dinamakan M-Pen. Harga jualan adalah dalam EUR399 (~RM1924) dan versi Pro ialah bawah EUR500 (~RM2411). Huawei turut akan menjual papan kekcunci yang juga berfungsi sebagai kerangka. Tablet Huawei ini akan dilancarkan pada acara MWC 2018 hari Ahad ini 25 Februari 2018.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Mediapad M5 Adalah Tablet Berspesifikasi Tinggi Yang Akan Dilancarkan di MWC 2018"