Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Bakal Hadir Dengan Telefon Spesifikasi Asas Dengan Skrin 18:9

Telefon pintar dengan rekaan skrin pada nisbah 18:9 telah menjadi salah satu trend ramai sejak daripada tahun 2017 lepas. Selain hanya khusus untuk peranti berspesifikasi tinggi, ia juga telah mula diguna-pakai pada peranti berspesifikasi pertengahan – dan tahun ini menyaksikan ia ditawarkan meluas, termasuk pada telefon berspesifikasi rendah.

Selepas Xiaomi dan Asus menawarkan pilihan telefon pintar dengan skrin nisbah 18:9 pada harga kurang RM1000, kini HTC turut dijangka mengikut jejak.

Mengikut desas-desus awal, HTC dikatakan dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan skrin 5.5-inci pada nisbah 18:9.

Dari segi spesifikasi, ia dijangka menawarkan cip MediaTek, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Peranti ini turut dijangka dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel, selain bateri berkapasiti 2730mAh.

Penawaran HTC ini dijangka lebih untuk menawarkan peranti berjenama HTC pada harga rendah dan menggunakan panel skrin pada nisbah 18:9.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HTC akan memperkenalkannya secara rasmi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Bakal Hadir Dengan Telefon Spesifikasi Asas Dengan Skrin 18:9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info