Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fungsi Duplex Diuji Pada Google Chrome Untuk Peranti Dengan Skrin 18:9

Kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran sekarang sudah menggunakan skrin dengan nisbah 18:9. Tidak ramai yang menggemarkannya kerana skrin agak panjang dan susah untuk mencapai ketika melakukan tugas.

Disebabkan masalah ini Google menguji fungsi Duplex Google Chrome untuk kemudahan pengguna. Fungsi Duplex ini akan mengubah pengalaman pelayaran internet pada skrin dengan nisbah 18:9.

Fungsi ini hanya untuk aplikasi Chrome Canary iaitu aplikasi pelayar Google Chrome versi Alpha yang masih belum stabil. Jika anda ingin mencuba fungsi Duplex ini anda perlu mengaktifkannya terlebih dahulu.

Buka tab baru pada Chrome Canary, isikan “chrome://flags#enable-chrome-duplex” pada bar carian dan tekan “enable” kemudian tekan “Relaunch Now”.

Selepas diaktifkan, sebuah talam boleh dilihat pada bahagian bawah pelayar. Tarik talam ini ke atas untuk memaparkan laman home yang asal ada pada Chrome versi stabil. Pergi ke laman kegemaran kini lebih mudah serta pantas. Fungsi ini mungkin akan dilihat pada Chrome versi stabil tidak lama lagi kerana ianya amat memudahkan pengguna.

Muat turun Google Chrome Canary dari Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fungsi Duplex Diuji Pada Google Chrome Untuk Peranti Dengan Skrin 18:9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info