Cip MediaTek merupakan salah satu cip pemprosesan yang digunakan pada peranti mudah-alih – terutamanya berspesifikasi rendah dan pertengahan. Pada hari ini, MediaTek telah pun memperkenalkan cipset terbaru mereka, iaitu MediaTek Helio P60.
MediaTek Helio P60 hadir dengan gabungan 4 pemprosesan ARM A74 2.0GHz dan juga 4 pemprosesan ARM A53 2.0Ghz – sekaligus menawarkan cipset lapan teras dengan binaan berasaskan 12nm.
Jikalau dibandingkan dengan Helio P23, Helip P60 ini dikatakan menawarkan penggunaan tenaga lebih efisyen ketika penggunaan, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk tempoh lebih lama.
Helio P60 juga turut hadir dengan integrasi MediaTek NeuroPilot AI untuk pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan. Ia turut menyokong sejumlah rangka kerja AI sedia ada, termasuk TensorFlow, Caffe2 dan sebagainya.
Telefon pintar menggunakan cip Helip P60 ini dijangka dipasarkan bermula suku kedua 2018 ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Cip MediaTek Helio P60 Diperkenalkan Dengan Sokongan Kecerdasan Buatan Terbina"