Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bixby Mengintegrasikan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata – Dikuasakan Google

Bersama-sama pengenalan Galaxy S9, pihak Samsung turut mengemaskini beberapa penawaran yang hadir bersama Bixby – iaitu pembantu maya pintar yang diintegrasikan bersama pada peranti keluaran Samsung.

Kini, Bixby Vision – kebolehan mengakses Bixby melalui aplikasi kamera – turut hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, dan salah satunya adalah Live Translation.

Bixby Live Translation

Menggunakannya, pengguna boleh membuat terjemahan dengan masa-nyata melalui kamera mereka. Anda hanya perlu membuka kamera, dan menghala ia kepada sebarang teks yang perlu diterjemah – dan seterusnya Bixby akan melakukan ia dalam bentuk masa-nyata. Untuk tujuan menjayakannya, Samsung menggunakan teknologi daripada Google pada ciri ini, sekaligus membuatkan anda tidak perlu memuat-turun aplikasi Google Translate dengan ciri lebih kurang sama.

Disamping itu, Bixby Vision kini turut boleh digunakan untuk melihat lokasi menarik disekitar anda menggunakan sokongan geolokasi, selain kebolehan mengesan kalori dalam makanan dengan merakamkan gambar makanan.

Ciri baru Bixby ini hadir terbina pada Galaxy S9. Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan memperkenalkan ciri sama kepada pengguna Bixby sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bixby Mengintegrasikan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata – Dikuasakan Google"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info