Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon AR View Memberikan Pengalaman Realiti Gabungan Kepada Pelanggan Sebelum Membeli Belah Dengan Amazon

Beberapa hari lepas Google melancarkan AR Core iaitu kit gabungan realiti untuk Android saingan kepada Apple ARKit. Amazon antara yang terawal mengintegrasikan realiti gabungan pada aplikasi membeli belah mereka.

Melalui aplikasi Amazon Shopping pelanggan boleh melihat bagaimana produk yang ingin dibeli berada di dalam rumah sebelum membelinya. Contohnya adalah susunan perabot, aksesori, orna produk dan macam-macam lagi. Dengan tatalan satu jari, pelanggan boleh mengalihkan produk yang ingin dibeli secara maya.  Penggunaan dua jari pula mengubah kedudukan produk tersebut. Selain itu, produk maya itu boleh dilihat dari setiap sudut.

Amazon mengatakan ciri ini menyokong beribu produk yang berada pada kategori yang paling popular dan setiap minggu mereka akan menambah lagi banyak produk bagi memberi pengalaman realiti gabungan kepada pelanggan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon AR View Memberikan Pengalaman Realiti Gabungan Kepada Pelanggan Sebelum Membeli Belah Dengan Amazon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info