Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone SE 2 Mungkin Akan Dilancarkan Awal Tahun Hadapan

Terdapat sebilangan kecil pengguna yang masih lebih selesa menggunakan peranti dengan skrin sebesar 4″. Di pasaran sekarang tidak terdapat banyak peranti utama dengan skrin sebesar ini kerana rata-ratanya mempunyai skrin sebesar 5.5″ dan ke atas. Kekosongan ini diisi oleh iPhone SE yang dilancarkan pada tahun Mac 2016.

Apple iPhone SEPeranti ini sudah agak berusia dan kini kedengaran ura-ura iPhone SE 2 akan dilancarkan awal tahun hadapan. Menurut laporan Economic Daily News , iPhone SE 2 akan dihasilkan sepenuhnya di Bengaluru India. Ini ialah kilang terkini Apple yang dibuka awal tahun ini bagi menghasilkan iPhone untuk pasaran India.

Antara ura-ura lain yang didengari ialah iPhone SE 2 akan mengekalkan skrin 4″,  dijana pemproses A10 Fusion, memori 2GB RAM, storan 32/128GB. kamera utama  12-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapxiel dan bateri sebesar 1,700 mAh.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone SE 2 Mungkin Akan Dilancarkan Awal Tahun Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info