Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 5 Dan 5T Tidak Menyokong Sistem Kemaskini Project Treble

Project Treble ialah usaha Google untuk mempermudahkan proses kemaskini perisian Android di masa hadapan. Melalui Project Treble, Google akan menawarkan versi terkini Android dan komponen tambahan seperti antaramuka pengeluar boleh ditambah kemudian. Sebelum ini keseluruhan versi Android terkini perlu diubahsuai terlebih dahulu dengan antaramuka pengeluar. Ini adalah sebab utama mengapa banyak peranti lewat menerima kemaskini.

Walaupun Project Treble akan mempercepatkan proses kemaskini, OnePlus telah mengesahkan ia tidak akan disokong oleh OnePlus 5 dan OnePlus 5T menerusi forum rasmi mereka.. Mereka juga tiada perancangan untuk menyokongnya buat masa ini. OnePlus 5T telah disahkan akan menerima Oreo awal tahun hadapan kerana masih menggunakan Nougat sugguhpun dilancarkan pada bulan November.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 5 Dan 5T Tidak Menyokong Sistem Kemaskini Project Treble"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info