Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus ROG GL553 Menerima Potongan Harga – Kini Bermula RM4199

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka mengemaskini harga jualan komputer riba permainan video mereka, iaitu Asus ROG GL553. Melalui perubahan harga ini, Asus mengurangkan sebanyak RM400 untuk dua model Asus ROG GL553.

Asus GL553

Asus ROG GL553 hadir dengan skrin 15.6-inci, dilengkapi paparan HD penuh 200nits, cip pemprosesan Intel Core i7-7700HQ, kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050, dan menjalankan Windows 10.

Model yang hadir dengan 4GB RAM, ruangan storan 1TB SATA ditawarkan pada harga RM4199 kini berbanding RM4599 sebelum ini.

Model yang menggunakan 8GB RAM, ruangan storan 1TB HDD + 128GB pula ditawarkan pada harga RM4599 (berbandiing RM4999) sebelum ini.

Disamping itu, bersempena dengan Lazada Black Friday, Asus turut menawarkan diskaun tambahan sebanyak RM200 dengan penggunaan kod IN200TEL.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus ROG GL553 Menerima Potongan Harga – Kini Bermula RM4199"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info