Pencarian CEO baru untuk perkhidmatan tempahan pengangkutan popular, Uber telah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas. Walaubagaimanapun, sehingga kini, masih menjadi tanda tanya siapakah yang akan mengetuai syarikat bernilai berbilion ringgi berkenaan.
Sebelum ini, Travis Kalanick telah melepaskan jawatan sebagai CEO pada bulan Jun lepas akibat daripada tekanan para pelabur dan lembaga pengarah. Ini adalah disebabkan oleh sejumlah masalah yang hadir ke syarikat berkenaan, termasuk saman melibatkan teknologi swapandu, masalah skandal gangguan seksual, dan beberapa yang lain.
Beberapa individu dikatakan telah disenaraikan sebagai calon CEO untuk Uber, termasuk antaranya adalah bekas CEO General Electric – Jeff Immelt, selain CEO HP sedia ada, iaitu Meg Whitman. Pada masa yang sama, ia turut dibincangkan adalah tahap penglibatan Travis Kalanick dalam operasi syarikat berkenaan.
Ahli lembaga pengarah Uber dikatakan akan memilih calon akhir pada penghujung minggu ini – dan sekiranya semua berjalan lancar, kita mungkin melihat pengenalan CEO baru untuk Uber menjelang pertengahan minggu ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) CEO Baru Uber Mungkin Diumumkan Seawal Pertengahan Minggu Ini"