Sembang Maniac

Sembang-sembang je

U Mobile Dan Mineski Serta Logitech G Menganjurkan MESL – Menawarkan Hadiah Berjumlah RM500,000 Tunai

Baru sahaja Dota 2: The International 7 tamat yang memperlihatkan pasukan Liquid memenangi ~ RM 46 juta, demam Dota 2 bakal berterusan di kalangan pemain tempatan hasil usahasama U Mobile, Mineski Events Team dan juga Logitech G yang bakal menganjurkan Malaysia Esports League (MESL).

Menerusi kerjasama ini, kejohanan Malaysia Esports League bakal membawakan liga terbesar untuk Dota 2 di Malaysia, dan menawarkan sejumlah hadiah bernilai RM 500,000. Pasukan yang menjuarai liga ini turut akan menerima RM50,000 sekiranya mereka merupakan pelanggan aktif U Mobile. Setiap pasukan perlu mempunyai tiga pemain warganegara Malaysia.

Liga ini akan bermula pada 2 September 2017 dengan pusingan kelayakan di seluruh Malaysia. 16 pasukan teratas akan berentap dalam pusingan kumpulan selama 3 bulan. Kemudian, 8 pasukan teratas akan melayakkan mereka untuk berentap di kejohanan utama MESL. Kejohanan akhir dijangka akan diadakan pada bulan Februari sebelum Hari Raya Cina.

Anda boleh menonton pusingan kumpulan dan pusingan akhir menerusi Astro eGG dan juga Twitch. Sekiranya anda menonton menggunakan aplikasi Astro GO, penggunaan data tersebut adalah percuma sekiranya anda melanggan U Mobile dan mempunyai Video-Onz.

Bagi pelanggan U Mobile, terdapat pertandingan For The Win yang menawarkan aksesori gaming menarik seperti komputer gaming dari Asus, papan kekunci dan tetikus gaming dari Logitech, serta kod Steam bernilai RM 50.

Sertai: Kejohanan Malaysia Esports League



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
3 Komentar untuk "U Mobile Dan Mineski Serta Logitech G Menganjurkan MESL – Menawarkan Hadiah Berjumlah RM500,000 Tunai"
This comment has been removed by the author. - Hapus
This comment has been removed by the author. - Hapus

Lucky sangat, telah memang iphone kat Esports Malaysia dengan main esports prediction

https://www.5v5esports.cn

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info