Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Memfailkan Saman Terhadap Apple Di China – Meminta Pengeluaran iPhone Diharamkan

Qualcomm dan Apple dalam “perang” pada tahun ini, dimana menyaksikan beberapa saman difailkan. Terkini, Qualcomm dilihat telah memfailkan saman di China, yang memohon untuk Apple menghentikan pengeluaran dan penjualan iPhone di China.

Qualcomm memfailkan saman ke atas Apple mengatakan Apple melanggar hak intelektual milik Qualcomm dan tidak membayar royalti perlesenan yang sepatutnya. Saman kali ini melibatkan beberapa paten – termasuk yang meliputi pengurusan kuasa peranti dan juga teknologi skrin sentuh dinamakan Force Touch. Sementara untuk pihak Apple dan beberapa pihak berkuasa di beberapa buah negara, Qualcomm dilihat menyalah-gunakan pegangan pasaran mereka dan perlesenan yang tidak adil.

Sebelum ini, baru-baru ini Qualcomm telah didenda sebanyak $773 juta oleh pihak berkuasa Taiwan – mengatakan Qualcomm menyalah-guna kelebihan mereka dalam piawaian komunikasi mudah-alih, dan tidak melesenkan paten yang sepatutnya. Disamping itu, Qualcomm diminta untuk mengubah terma perjanjian dengan syarikat di Taiwan.

Buat masa ini, Qualcomm baru sahaja memfailkan saman terhadap Apple di China. Keputusan mahkamah di Beijing masih tidak diketahui lagi. Namun, sekiranya pihak Qualcomm memenangi saman ini, ia akan memberikan kesan besar terhadap Apple – memandangkan China memainkan peranan utama dalam pengeluaran iPhone untuk pasaran seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Memfailkan Saman Terhadap Apple Di China – Meminta Pengeluaran iPhone Diharamkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info