OnePlus sebelum ini telah didapati mengumpulkan pelbagai data pengguna tanpa kebenaran – termasuk data peribadi seperti nombor telefon, MAC Address, dan sebagainya.
Lanjutan daripadanya, kini pihak OnePlus mengakui akan kesalahan berkenaan, dan mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk OxygenOS untuk mengatasi masalah berkenaan.
OnePlus mengatakan mereka mengambil data dalam menambah-baik OxygenOS, selain menawarkan perkhidmatan pelanggan yang baik. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak mengemarinya kerana ia dikumpulkan tanpa kebenaran, termasuk beberapa data peribadi.
OnePlus mengatakan selepas ini mereka akan memaparkan halaman khusus yang meminta kebenaran sama ada pengguna ingin menyertai program yang mengumpulkan data penggunaan untuk menambah-baik OxygenOS atau sebaliknya.
Disamping itu, OnePlus turut mengatakan mereka akan menghentikan pengumpulan data seperti nombor telefon, informasi WiFi dan juga MAC Address.
Kemaskini baru ini dijangka ditawarkan bermula penghujung Oktober ini untuk peranti OnePlus yang menjalankan OxygenOS.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Akan Berhenti Mengumpulkan Data Peribadi Pengguna Bermula Penghujung Oktober Ini"