Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus Didapati Mengumpulkan Maklumat Pengguna Tanpa Kebenaran Melalui OxygenOS

Pelbagai pengeluar peranti sedia mengumpulkan data penggunaan peranti untuk menambah-baik pengalaman perisian yang ditawarkan. Tidak ketinggalan adalah OnePlus melalui sistem operasi variasi Android mereka yang dinamakan sebagai OxygenOS.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan pelbagai pengeluar lain yang mengumpulkan data secara awanama, pihak OnePlus dilihat mengumpulkan beberapa data tambahan termasuk nombor IMEI, alamat MAC, nama rangkaian mudah-alih, nombor siri peranti dan sebagainya – yang membolehkan data yang dihimpunkan dikaitkan dengan seseorang pemilik.

Bercakap mengenainya, pihak OnePlus mengatakan ia mengumpulkan dua strim data, dimana yang pertama untuk menambah-baik perisian mereka, sementara yang kedua adalah untuk menawarkan sokongan khidmat pelanggan yang baik. OnePlus turut mengatakan yang mana data strim pertama boleh dipadamkan pengumpulannya melalui ke halaman “Settings” – “Advanced” – “Join User Experience Program“.

Apa yang membuatkan ramai tidak menyukai perkara yang dilakukan oleh OnePlus ini adalah dimana mereka tidak memaklumkan pengguna mengenai perkara ini, terutamanya mengumpulkan data tanpa menjadikannya sebagai awanama (anonymous).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Didapati Mengumpulkan Maklumat Pengguna Tanpa Kebenaran Melalui OxygenOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info