Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harga Tempatan CPU Intel Coffee Lake Diperlihatkan – Tanda Harga Bermula Pada RM509

Syarikat-syarikat pembuat komponen komputer seperti ASUS dan MSI sudahpun mula menjual papan-papan induk Z370 mereka di pasaran tempatan, dan tanda-tanda harga untuk komponen-komponen tersebut sudahpun diketahui.

Kini, nampaknya dua kedai komputer tempatan, iaitu ETECH PC dan juga Compuzone telahpun hadir dengan tanda harga masing-masing untuk CPU Intel Coffee Lake ini. Buat masa ini, hanya terdapat empat CPU yang dibawa masuk oleh kedua-dua kedai ini, termasuklah Intel Core i7-8700K, Intel Core i5-8400, Intel Core i3-8350K dan juga Intel Core i3-8100.

Dua daripada CPU-CPU ini, iaitu Intel Core i7-8700K dan juga Intel Core i5-8400 hadir dengan enam teras dan enam bebenang kuasa, manakala kedua-dua CPU Intel Core i3 hadir dengan empat teras dan empat bebenang kuasa.

Dari kedai ETECH PC, mereka menjual CPU-CPU ini pada harga yang tertera:

  • Intel Core i7-8700K – RM1599
  • Intel Core i5-8400 – RM809
  • Intel Core i3-8350K – RM765
  • Intel Core i3-8100RM509

Tanda harga dari Compuzone pula adalah seperti berikut:

  • Intel Core i7-8700K – RM1730
  • Intel Core i5-8400 – RM919
  • Intel Core i3-8350K – RM833
  • Intel Core i3-8400 – RM573

Buat masa ini, kami masih belum pasti bila CPU-CPU Intel Coffee Lake yang lain akan hadir di pasaran Malaysia. Memandangkan jumlah papan induk siri Z370 juga masih terhad, kami rasa bahawa bekalan CPU Coffee Lake ini juga bakal menghadapi beberapa masalah apabila stok pertama ini habis. Jadi, jika anda ingin membina sebuah komputer dengan CPU Coffee Lake ini, kami sarankan anda cepat-cepat membelinya sebelum anda perlu menunggu untuk stok yang seterusnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harga Tempatan CPU Intel Coffee Lake Diperlihatkan – Tanda Harga Bermula Pada RM509"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info