Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Bahagian Telefon Pintar HTC

Beberapa laporan sebelum ini telah hadir mengatakan HTC dalam perancangan untuk menjual sebahagian atau keseluruuan perniagaan mereka. Kini, lanjutan daripadanya, desas-desus baru hadir mengatakan Google kini dalam perbincangan untuk mengambil-alih bahagian telefon pintar milik HTC.

Walaubagaimanapun, menjawab mengenainya kepada FocusTaiwan, pihak HTC mengatakan mereka tidak mengeluarkan komen kepada desas-desus dan spekulasi ramai.

Tetapi, sekiranya benar, pengambil-alihan HTC ini mungkin menawarkan beberapa kelebihan kepada Google. Apatah lagi dengan hari ini pelbagai peranti Pixel dikeluarkan oleh HTC bagi pihak Google.

Berbeza dengan sebelum ini ketika mengambil-alih Motorola, kini Google mmepunyai bahagian perkakasan mereka sendiri, dan kelebihan HTC dari segi rekabentuk semestinya memberikan beberapa penambahan positif kepada pasukan peranti Google.

Seperi biasa, buat masa ini, perkara ini dilabelkan sebagai spekulasi sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Bahagian Telefon Pintar HTC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info