Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivo V7+ Dilancarkan Dengan Skrin FullView Display Serta Kamera Selfie 24-Megapixel

Penantian pelancaran Vivo V7+ berakhir sebentar tadi dengan pelancarannya di India. Seperti yang dijanjikan peranti ini mengemukakan rekaan baru hampir semua skrin bagi jenama Vivo dengan skrin FullView Display. Menurut Vivo skrin mengambil 84.4% ruang hadapan kedua-dua peranti ini.

Dari segi spesifikasi Vivo V7+ dilengkapi skrin 5.99″ FullView display bernisbah 18:9, pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Ini menjadikannya peranti dengan kamera selfie terbesar pernah dilancarkan setakat ini. Kamera yang besar ini turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access.

Fungsi lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari dan cip audio khas untuk menikmati audio berdefinasi tinggi. Bateri sebesar 3225 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Harga jualan ialah ₹ 21,990 (~RM 1447).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo V7+ Dilancarkan Dengan Skrin FullView Display Serta Kamera Selfie 24-Megapixel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info