Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Gear Fit2 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799

Bersama-sama dengan pengenalan telefon pintar Galaxy Note 8 di Malaysia, kini Samsung turut telah mula menawarkan satu lagi peranti boleh-pakai dibawah keluarga Gear, iaitu Samsung Gear Fit2 Pro.

Samsung Gear Fit2 Pro

Gear Fit2 Pro hadir dengan fokus terhadap aktiviti kecergasan. Ia menawarkan sejumlah sensor terbina, termasuk kebolehan untuk memantau langkah perjalanan anda, selain kini turut hadir dengan sokongan memantau data anda berenang. Integrasi GPS dan sensor denyutan nadi turut disertakan pada gelang tangan pintar ini.

Gear Fit2 Pro hadir dengan sokongan kalis air sehingga 50 meter, selain turut menyertakan sokongan untuk beberapa aplikasi kecergasan popular seperti MyFitnessPal, Endomondo dan sebagainya. Ia turut menyertakan skrin berwarna 1.5-inci Super AMOLED untuk anda melihat semua data dengan mudah melaluinya.

Samsung Gear Fit2 Pro ditawarkan pada harga RM799 di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Gear Fit2 Pro Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM799"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info